DOWNLOAD
Khamis, 12 Ogos 2010
LAWATAN KE PERODUA...
LAPORAN AKTIVITI
TOPIK | BUTIRAN/KETERANGAN |
NAMA PROGRAM | LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KILANG PERODUA |
MATLAMAT | Mendedahkan pelajar dengan situasi sebenar bidang yang mereka ceburi serta memberi dorongan dan motivasi kepada mereka untuk berjaya. |
OBJEKTIF | Diharapkan melalui program ini: i. Memberi pendedahan situasi sebenar bidang MKM kepada para pelajar. ii. Memberi motivasi kepada pelajar supaya berusaha mencapai kejayaan. iii. Mewujudkan minat pelajar terhadap Mekanik Kenderaan Motor. |
TARIKH | 19 Julai 2010 |
TEMPAT | Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd.,
|
PESERTA | Semua Pelajar 4 MKM (18 orang) dan 4 orang Guru Pengiring |
KOS / SUMBER | Tiada |
PENGISIAN | Pelajar berkumpul di parkir bas tepat pukul 8.30 pagi, 19 Julai 2010. Selepas mengira jumlah pelajar, rombongan bertolak ke destinasi menaiki coaster sekolah. Pada pukul 11.15 pagi, rombongan tiba di perkarangan parkir Perodua. Rombongan disambut oleh Pn. Kintan wakil dari Perodua dan diberi penerangan ringkas mengenai syarikat tersebut. Selepas taklimat, kami dibawa ke kilang pemasangan kereta milik Perodua. Dalam sesi lawatan itu rombongan sempat melihat cara-cara pemasangan karpet, kerusi, pintu, cermin, pegoperasian sistem dan banyak lagi. Rombongan juga diberi penerangan ringkas oleh wakil Perodua di setiap lokasi tersebut. Seterusnya, rombongan dijamu dengan jamuan ringkas. Selepas jamuan dan sesi bergambar, rombongan bergerak pulang ke sekolah kira-kira pukul 1.00 petang dan tiba di sekolah pada pukul 3.00 petang. |
PENILAIAN / CATATAN | Semua pelajar dan guru pengiring telah mendapat manfaat yang baik melalui lawatan ini yang memberi peluang kepada peserta rombongan melihat sendiri cara-cara pemasangan kereta. Lawatan ini juga telah memberi idea kepada guru untuk member contoh yang pelajar dapat paham melalui lawatan mereka dan memudahkan pelajar memahami topik yang berkaitan. |
Dilaporkan oleh:
.................................................
(EN MUHAMAD ZAHARUDDIN BIN ISMAIL)
Setiausaha MKM
Disemak oleh:
......................................................
(EN ABU BIN AJIP)
Ketua Bidang Kemahiran
SMV Ampangan
Disahkan oleh :
...................................................
(EN HASNI BIN DOLMAT)
Pengetua
SMV Ampangan
Khamis, 27 Mei 2010
Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010...
Ahad, 23 Mei 2010
Isnin, 17 Mei 2010
KEUSAHAWANAN
Senarai kompetensi keusahawanan - Menggunakan Strategi Pengaruh.
Sikap individu yang menggunakan strategi pengaruh adalah kecenderungan memikirkan strategi-strategi yang boleh mempengaruhi oleh orang lain tanpa tipu helah untuk sesuatu maklumat perniagaan. Usahawan adalah pemimpin di dalam syarikatnya. Sebagai pemimpin, usahawan perlu mampu mempengaruhi pekerja-pekerja, dan industri yang diceburi supaya ia dapat mencapai matlamat perniagaannya. Terdapat lima asas pengaruh yang boleh digunakan;
- Pengaruh berdasarkan kuasa mutlak.
- Pengaruh berdasarkan kuasa menghukum.
- Pengaruh berdasarkan kuasa memberi ganjaran.
- Pengaruh berdasarkan kuasa kepakaran.
- Pengaruh berdasarkan kuasa memberi tauladan.
Usahawan perlu memiliki salah satu daripada sumber kuasa atau kombinasi sumber-sumber ini sebagai strategi pengaruhnya terhadap pelanggan, pekerja dan keseluruhan industri dan pasaran yang terlibat dengannya.
Senarai kompetensi keusahawanan - Meyakinkan Orang Lain
Sikap individu yang dapat meyakinkan orang lain adalah:
- Mampu menonjolkan diri untuk meyakini pelanggan membeli barang atau perkhidmatan yang diperniagakan.
- Mampu menonjolkan kemahiran diri dan lain-lain kualiti
- Bermaklumat dan berpengalaman.
Usahawan perlu berurusan dangan pelbagai pihak. Untuk menjamin urusan perniagaan berjalan lancar, ia hendaklah dapat meyakinkan pelbagai pihak yang berkepentingan kepada perniagaannya seperti kakitangan, pelanggan, pembekal, institusi kewangan dan sebagainya. Untuk dapat meyakinkan orang lain, usahawan perlu terlebih dahulu yakin kepada kemampuan sendiri.